Followers

Pages

Thursday, July 18, 2013

life must go on

kehidupan.. menjalani kehidupan bukanlah satu benda yang senang dan mudah.. kehidupan ni penuh dengan warna warni, sebabnya, kehidupan kita penuh dengan dugaan.. kadang bahagia kadang duka. tapi dengan dugaan ini akan buat kita lebih tabah. kuat. berani dan lebih matang.. Allah ciptakan dugaan buat kita agar kita terus mencari dan bergantung pada-Nya. DIA suka akan hamba yang sering meminta pertolongan dari-Nya.. ingatlah.. kehidupan ini hanya sementara. namun dalam sementara itula, pelbagai dugaan yang perlu kita tempuh demi meraih akhirat yang sempurna.. insya-Allah :)

masing masing ada kehidupan masing masing. setiap orang ada masalah. setiap orang ada tanggunggjawab. setiap orang ada dugaan tersendiri.. kita sebagai manusia, takkan boleh expect yang orang orang disekeliling kita akan ada sentiasa dengan kita. kita kene sedar. mereka pun ada masalah dan ade tanggunggjawab.. kite sebagai orang yang rapat kene faham, redha dan memaafkan mereka kerana mungkn disaat kita memerlukan mereka, mereka tiada kerana ada yang lebih memerlukan mereka daripada kita memerlukan mereka. faham kan? simple. dan mungkin mereka tiada bersama kita kerana mereka sedang mempunyai masalah dan mereka tidak mahu berkongsi dengan kita kerana mereka tidak ingin kita turut merasai kesedihan yang melanda mereka. husnuzon la. sifat ini akan membuatkan kita lebih tenang.

ape yang boleh mia bagitau. setiap ujian, ada ganjaran. hadapi dengan senyuman.. bak kate shaheizy sam. biar orang buat kita. jangan kita buat orang. kata kata tu sentiasa mia pegang. dan biarlah orang nak kata ape kat kita. asal kita tahu apa yang kita buat. dan asalkan Allah sentiasa bersama kita. itu yang penting. Allah sentiasa ada dengan kita walau dimana kita berada dan dalam keadaan mana sekalipun :) apa pun yang terjadi. everythings gonna be okay :D hehee..


p/s: kepada sesiapa yang saya buat silap. maafkanlah diri ini. bagitau apa salah dan silap saya. jangan pendamkan. saya takkan dapat perbaiki diri jika tidak ketahui apa salah saya. dan satu, fahamilah. saya insan biasa yang penuh dugaan dan kadang terlupa janji.. mungkin bukan terlupa. tapi janji yang belum ditunaikan kerana kekangan yang penuh melanda diri yang khilaf ini :)

assalamualaikum

No comments:

Post a Comment