Followers

Pages

Monday, January 20, 2014

tahun kebahagiaan.

assalamualaikum. dah lama tak update blog ni kan. yela mia pun bukan pandai bab bab menghapedate blog ni. just wanna to share. tahun 2014 ni adalah tahun yang insya-Allah bahagia buat mia. nak tahu kenape? sebab nya. insya-allah bulan september nanti akan dapat dua anak sedara baru :) seorang anak kepada kawan baik, fakehah dan satu lagi anak kepada kawan satu kelas, hanan. dua dua ni mia dah anggap macam adik beradik mia. alhamdulillah rezeki diorang sampai awal. semoga semuanya berjalan dengan lancar. semoga semuanya sihat. semoga Allah permudahkan kehidupan kami. insya-Allah. semoga tahun ini juga merupakan tahun kebahagiaan untuk semua umat islam. aminn :)

Tuesday, October 15, 2013

lame tak update

wuuuuuu. lame tak update blog. quite busy. baru start degreee.. so memang seriously busy. kalau tak busy pun, tak de line nak online sangat. ish. but its normal. lumrah kehidupan seorang student. accept it dengan hati terbuka. demi kejayaan :)

Wednesday, September 4, 2013

fahami






kadang apa yang kita alami nampak mudah di mata orang. namun kepayahannya hanya kita yang rasa. kita yang lalui. kita yang hadapi.



*semoga Allah tabahkan diri kita. iman kita

Saturday, August 24, 2013

bersama GG

last wednesday, 22nd august 2013, mia pergi jenjalan dengan geng GG(girls generation). cewah name group.. macam korea kau. tapi memang kitorg tiru pun. hahaha. biarlah.. sekali skale.. ape salahnyaa.. :) awal pagi seawal 7.30 pagi kitorg dah pergi HSNZ... nak tahu ape tu HSNZ? google please :p..  then dalam pkul 8 mcam tu la. kitorg beratur untuk amik no nak pergi buat medical check up. iyela. nak masuk belajar kene la buat medical checkup. takut2 kita ada something wrong somewhere kan.. haha.. dan hari tu, alhamdulillah. setelah sekian lama, kitorang dapat berkumpul penuh. 9 orang.. yes. ahli kitorg 9 orang je. xde la ramai sangat. and takde la sikit sangat kan...

kitorg ni bila dah jupe ape lagi, bergambar la. sebabnya.. kitorang tak pernah lagi ade gambar ckup geng 9 orang. selalu kalau bergmbar mesti tak ckup sorang la. dua la.. banyak sangat halangan nye haa... okay. tak payah banyak citer. tengok je la gambar gambar kitorang yang kiut lagi miut yut yut tu.. :)









ok. ni gambar first yang cukup gengg :')



edit by titie :)



*abaikan jika anda rasa ada gambar yang sama... sorry. mia men upload jee :)



ni saja nak bagitau...mia ade edit gambar.. untuk apa edit gambar.. nanti la mia bagitau. :)

kasih sayang:)
cinta hati :)


Saturday, July 20, 2013

birthday!

alhamdulillah. hari ni, 20th july genap umur 21 tahun :) alhamdulilah. Allah masih pinjamkan nyawa untuk terus beribadat dan terus menghambakan diri kepada DIA yang ESA :)

terima kasih tak terhingga buat family yang bagi hadiah, buat kawan kawan yang bagi ucapan. buat senior yang ucap.. :D and buat junior yang gile gile tu (call aku, aku dah tahu ape korang nak buat sebenarnye. hahaha). ape ape pun, thanks okay :D.. appreciate it :D

Friday, July 19, 2013

nineteen july two thousand thirteen

apa yang ada pada 19 july 2013? oke. pada insan biasa maybe ia x bermakna. BUT! untuk para siswa/i lepasan diploma uitm tidak. 19 july adalah hari yang mendebarkan. pada tarikh ini la, result penerapan kitorang akan keluar. result untuk kat mana kitorg sambung for degree.. takut uollss..

apa yang iolls (tetibe tukar panggilan) harapkan, dapat yang sama dengan geng geng baik. (GG).. harap sangat kitorg dapat tempat sama except wawa. untuk wawa, saye doakan dia dapat tempat yang paling dekat dengan umi die. senang. nanti adik(adikwawa) smbung belajar nanti, siapa nak temankan umi dia. at least, kalau dia dapat dekat, dia boleh balik selalu. :) berbalik pada result.. harap harap sangat itu result terbaik untuk kitorg. Allah knows what is the best for us.

semoga result yang keluar pada hari jumaat ni, dalam bulan ramadhan ni, dapat memberi sinar kebahagiaan buat kami.. semoga kami tabah dan redha apa jua result yang mendatang..

and  and
buat semua lepasan diploma yang sedang tnggu result macm iolls ni, gudluck korang. semoga kita dapat result yang terbaik.

with love,
AA

Thursday, July 18, 2013

life must go on

kehidupan.. menjalani kehidupan bukanlah satu benda yang senang dan mudah.. kehidupan ni penuh dengan warna warni, sebabnya, kehidupan kita penuh dengan dugaan.. kadang bahagia kadang duka. tapi dengan dugaan ini akan buat kita lebih tabah. kuat. berani dan lebih matang.. Allah ciptakan dugaan buat kita agar kita terus mencari dan bergantung pada-Nya. DIA suka akan hamba yang sering meminta pertolongan dari-Nya.. ingatlah.. kehidupan ini hanya sementara. namun dalam sementara itula, pelbagai dugaan yang perlu kita tempuh demi meraih akhirat yang sempurna.. insya-Allah :)

masing masing ada kehidupan masing masing. setiap orang ada masalah. setiap orang ada tanggunggjawab. setiap orang ada dugaan tersendiri.. kita sebagai manusia, takkan boleh expect yang orang orang disekeliling kita akan ada sentiasa dengan kita. kita kene sedar. mereka pun ada masalah dan ade tanggunggjawab.. kite sebagai orang yang rapat kene faham, redha dan memaafkan mereka kerana mungkn disaat kita memerlukan mereka, mereka tiada kerana ada yang lebih memerlukan mereka daripada kita memerlukan mereka. faham kan? simple. dan mungkin mereka tiada bersama kita kerana mereka sedang mempunyai masalah dan mereka tidak mahu berkongsi dengan kita kerana mereka tidak ingin kita turut merasai kesedihan yang melanda mereka. husnuzon la. sifat ini akan membuatkan kita lebih tenang.

ape yang boleh mia bagitau. setiap ujian, ada ganjaran. hadapi dengan senyuman.. bak kate shaheizy sam. biar orang buat kita. jangan kita buat orang. kata kata tu sentiasa mia pegang. dan biarlah orang nak kata ape kat kita. asal kita tahu apa yang kita buat. dan asalkan Allah sentiasa bersama kita. itu yang penting. Allah sentiasa ada dengan kita walau dimana kita berada dan dalam keadaan mana sekalipun :) apa pun yang terjadi. everythings gonna be okay :D hehee..


p/s: kepada sesiapa yang saya buat silap. maafkanlah diri ini. bagitau apa salah dan silap saya. jangan pendamkan. saya takkan dapat perbaiki diri jika tidak ketahui apa salah saya. dan satu, fahamilah. saya insan biasa yang penuh dugaan dan kadang terlupa janji.. mungkin bukan terlupa. tapi janji yang belum ditunaikan kerana kekangan yang penuh melanda diri yang khilaf ini :)

assalamualaikum