Followers

Pages

Tuesday, November 27, 2012

masak memasak #1

hai. hye. hi.
banyak ejaan kan?
tapi bukan itu topiknya ;).
tadi mia try buat lempeng.
tapi yang biase2 je. 
nnati try yang lebih special maybe ;)


ini dia..
sedap kalau makan dengan kari daging ke kann.
tapi ni mia makan dengan ayam masak merah.
not bad la rasa dia ;)

korang try la :)

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Friday, November 23, 2012

WISHLIST!

assalamualaikum :)
ape khabar?
harap sehat la ye.
mia?
alhamdulillah.
sihat :)

wish list. setiap insan pasti ade wish list dalam hidup diorang kan.
oke. sekarang mia nk kongsi sikit wishlist mia dengan korang.
manelah tahu ade orang sudi tunaikan ke. haha
~berangan je keje kau kan mia..~

oke. 
YANG PERTAMA

-family sentiasa sehat.selamat. bahagia dan berjaya dunia dan akhirat-


YANG KEDUA
tentulah nak datang sini :') hope one day! ameenn


YANG KETIGA 

 handphone. sekarang tengah gilekan jenama samsung. why? do know why!
either S ADVANCE or SII
samsung Galaxy SII
samsung Galaxy S advance


YANG KEEMPAT

camera!
dah lame nak ade camera sendiri. tapi xde rezeki lagi. no hal lah  ;)

d5100

YANG KELIMA
jeng jeng jeng!
kereta. jenama?
LAMBORGHINI.
aik. tapi kenape gambar kat bawah ni BMW?
haa.
Sebabnya. mia tahu mia tak mampu nak beli 'kepala lembu' tu. hahaha
tapi BMW pun mahal kan?
takpela. kate wishlist!
kalu dapat pakai myvi ke. viva ke. tu pun dah oke.
kancil pun oke maa..
asal dapat kesane kesini ;)
 
BMW

p/s: saje je buat wishlist. sebabnya. kebosanan melanda di waktu sebegini. sekian ;)

#jaga diri. jaga iman#
#Assalamualaikum#





Friday, November 16, 2012

Maal Hijrah & birthday

assalamualaikum :)
apa habaq semua?
ceq arap sehat la na..

ceq rasa dah lama ceq dok update blog ni kan.

ada dua perkara yang mia nak post untuk entry kali ini..
first ialah sempena maal hijrah
selamat maal hijrah buat semua umat islam. semoga tahun baru ni lebih baik lebih berkat.lebih meriah dari yang sebelumnya. harap tahun baru ni kita sama sama dapat berubah ke arah kebaikan. dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dalam diri ni. aminn.. 
ayuhh. kita berazam untuk berubah ke arah kebaikan.
buang yang keruh ambil yang jernih. maafkan segala salah dan silap orang terhadap kita pada tahun yang lepas. tahun baru ni. buka buku baru tutup buku lama :)
semoga amal ibadat kita tahun lepas diterima Allah.
semoga kesalahan kita tahun lepas diampuni Allah :)
insya-Allah..

buat semua, "kopi" dari encik google.


dan second!
arini 16/11/2012
hehe. saye tahu awak semua dah tahu. tapi nak bagitau jugak.

saya sebenarnye nak ucapkan SELAMAT HARI JADI buat orang orang yang berkenaan.
pertama
HamiAsraff (antara blogger yang saya minati dan kagumi)
kedua
AzizulHanif (dia adalah dua pupu saya)
ketiga
HzqNasa (dia adalah senior saya yang selalu saya cari gaduh)
terakhir
AinSalleh (dia adalah kesayangan saya walau kitorang baru kenal dalam satu kelab. die sangat lemah lembut)

ni untuk anda berempat

May Allah bless all of u alwayzz ;)

sekarang dah pukul 2.28 pagi, jadi kene tido! esok nak keluar ;)

#jaga diri. jaga iman#
#Assalamualaikum#

Friday, November 9, 2012

alhamdulillah

fuhhhhhhhhhh~
debaran dah hilang
ingat tadi pukul 1.30 kalau result tak keluar, nak tido je
alih alih duk refresh
pukul 1.19 dia keluaq :)

takut weyh!
tapi alhamdulillah semua lulus ;)
walaupun maintain je pointer
its okay ;)

tapi agak down sikit. kenape?
biarla rahsia :)

#jaga iman. jaga diri#
#assalamualaikum#

Thursday, November 8, 2012

cuak

cuak gile nak tunggu result keluar
cuak gile bile result nak keluar
cuak gile nak tunggu reaksi lepas dapat result
cuak
cuak
cuka! eh? eh?
cuak la


cuak ialah takut; gentar: Pd zaman darurat dahulu, saya berasa ~ tiap-tiap kali melalui jalan ini. mencuakkan menimbulkan rasa cuak; menyebabkan cuak: Aksi-aksi itu ~ para penonton. #google

#jaga diri. jaga iman#
#Assalamualaikum#

Wednesday, November 7, 2012

wordless wednesday #meng'kreatif'kan diri ini



#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

p/s: 9 nov name blog akan ditukar! maybe :)

Sunday, November 4, 2012

time to change

just to tell all of u that
i will change from 
loveyourshortlife.blogspot.com to AmiliAminudin.blogspot.com.

when?
no idea.
coming soon :)

why?
more confident maybe!
 
okay then
enjoy guys.

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Saturday, November 3, 2012

DOWN

hye (baca dalam keadaan tak bermaya)
huhu

ape korang rasa. bile ade something yang korang try buat the best dan mende tu tak menjadi.
down kan?
hurm.
bagusla kalau korang rasa apa yang mia rasa sekarang
apa?
tak rasa?
fine. pergi cari perasa tu dulu. baru datang baca lagi.
oke.
bye


#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#


p/s: sile terus asa even ape yang korang plan or ape yang korang buat tak menjadi.. Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. oke? ;)

3 november

keeebaaaabbbbooommm! 
hepy bfday to my sisters :)
si kembar
titie n ninie tu
sayang korang gile gile :)
bukan korang yang gile.
tapi saya sayang awak berdua sangat sangat ;)
hehehe

semoga sentiasa bahagia n berjaya di dunia dan akhirat;)

ni khas untuk awak ni =)

semoga hubungan kita terjalin dengan lebih indah dan semoga ianya terus kekal hingga akhir hayat saya
:)
thanks for being a wonderful girl in my life
both of you such a things that make me happy in my life.
i love you like a love song babyh! =p

again n again


love you babe ;)

welcome to 20th ;)
#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Tuesday, October 30, 2012

mengantuk tapi malas tidur

haluuu ^_* (mate buke sebelah saje)
nampak tak.. betapa mengantuknye
dan betapa tahannya mengantuk ni
oke oke.
tak faham ek?
ye ye. 
ayat dah macam ape dah
otak dah tak boleh nak proses dengan betul
waktu sebegini (2.52 pagi)
dah tak ada ayat ayat bombastik ke. polistik ke. doktorstik ke.
semua dah hilang entah ke mane.
yang ada hanya apa yang ada.

sebenarnye dah ngantuk sangat dah ni.
tapi macam biasa. bila malas menguasai diri.
jadi malas nak tido.
tahu buat apa?
ni ha. tengok gambar ni.


ni la dia keje saye.
WHAT?
TAK NAMPAK ek?
tekan la dekat gambar tu.
then zoomm.
nanti korang tahu la ape keje saye.
hehe
kalu tengok dekat tab(s) tu pun dah tahu

1) men game formula racer 2012. best woo game ni.dulu dah maen. dah complete semua level. tapi nak buat macam mana. dah memang tak ada game nak main. main je la game ni kan. tapi syokkkkkkkkkkkkkk
2) tu YouTube. sambil main game sambil dengar lagu la. lagu ape? nak tahu jugak ke? okela. disebabkan saya RAJIN kan. kahkahkah. saye bagitahu la.. lagu Dambaan. penyanyi dia Didicazli... first time dengar lagu ni time form 4 :) 
3) tab yang ke tiga tu pulak dari PerekaCerita.. ni sebabnya nak download citer AdamHawa. kononnya. sambil main game boleh la download citer kan. tapi dari tadi duk refresh. tak ada pun episod 37. esok je la download kan..
4) haa. tu pulak twitter.. saje je buke buke twitter time ni. kawan kawan pun ramai dah tidur.saje nak tengok twit-twit yang best best. macam kata kata nasihat ka. apa ka.. yang selalu saya retweet pun tweet dari HamiAsraff dan ShamKamikaze. depan punya tweet sedap tau! yang saya suka baca dari ImamMudaAsyraf. tweet orang kedah ni memang kelakar tau! sempoi je die jawab soalansoalan yang ada. kan best kalu saudara tiga orang ni follow saya! walaweyh! sayalah orang yang paling gembiraa.. haha. *angan-angan ja*
5) yang tu pasti la dashboard blog ambe sebabnye nak update post ni la kann...




okayla na. tu ja yang mia nak kongsi pun. yalah. semenjak dua tiga empat lima ni. tak tahu nak update pasal ape la.


;)
okaylah. dah tiba masa tidur kot. kepala dah sakit ni.

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Saturday, October 27, 2012

pagi :)


assalamualaikum. 
hye my friends!
how are you today?
hopefully all of us just fine :)
actually, i have something to share with u :)

sesiapa yang sekarang sedang mengalami kesedihan. tak kisah la sebab ape.
la tahzan ya akhi. ya ukhti
dont be sad my brother. my sister.
jangan bersedih saudara saudari 

let spend your time and listen to this song :)
hopefully.
this song will make you release your sadness.
harap lagu ni akan menghilang kesedihan kalian :)
enjoy yourself!
have fun!



p/s: credit to YouTube and person yang buat dan upload video ni *thumbs up*

*tajuk post ni pagi sebab di post pade 2.40 pagi*

Thursday, October 25, 2012

wordless thursday!

biase dengar wordless wednesday je kan?
ini blog saye.
so. i'am a bigbos (small je pun)
therefore..
terhasil laaa
WORDLESS THURSDAY!
hahahahhaha

banyak cakap pulak kan. tengok je ni, anda akan tahu ape motif post ni :)


#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

p/s: huduh sikit banyak.sory

Tuesday, October 23, 2012

jodoh

assalamualaikum :)
dah senyum hari ini?
mia tahu korang dah senyum kan.
tapi tak salah kalau senyum sekali lagi,
senyummmmmmm :)
hehe.
orang cakap kalau senyum selalu,
kita akan nampak muda.
eh?

okay.
actually, mia post ni nak kongsi something about jodoh
tapi ni pandangan mia la.
orang lain mia tak tahu
anda sendiri pun mia tak tahu
lain orang. lain pemikirannya
ye idak? 
;)

setiap orang pasti impikan kebahagiaan bersama yang tersayang,
pasti yang sedang bercinta sekarang ni pun inginkan hubungan mereka berakhir dengan sebuah perkahwinan
tapi yang tak bercinta pun inginkan perkhawinan bukan. dan pasti bersama orang yang betulbetul boleh jaga diri mereka
same with me.

jodoh.
semua orang tahu, jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah :)
tapi ada orang cakap, kita kene usaha untuk mencari jodoh tu.
at least, kita usaha untuk cari yang terbaik buat kita kan?

tapi kalu dah bercinta bagai nak rak. bercinta berpuluh puluh tahun pun,
kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita,
maka bukan jodoh kita.

so i think is more sweet if bercinta after kahwin :)
more barakah kan.
time tu tak dose kalau kita pegang pegang tangan pasangan kita
sebabnya dah halal :)
mia dengan kawan pernah bincang pasal ni
then impian kitorang same.
kitorang nk bercinta lepas kahwin
kitorang rase itu lebih sweet kot
kan?
ape pendapat korang?
'tepuk dada tanya selera'
hehehe

dan sekarang mia rasa
mia tak payah bimbang then tak payah fikir siapa jodoh mia.
adekah die ni
adekah die ni
no!
sebabnya mia tahu suatu hari nanti, Allah akan tunjukkan
dan mia percaya suatu hari nanti, 
dengan siapa pun kite kahwin, pasti kita akan mencintai pasangan kita tu :)

mia ada baca ayat blogger ni
:ayat dia:
'bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah'
mia tahu ramai yang kenal dia. dia adalah DenaBahrin!
mia sangat kagum dengan kisah dia.
dan mia rasa kisah dia ni menjadi idaman orang ramai kot :)
even dia tak kenal suami dia dulu, 
dia sanggup terima pinangan si lelaki ni kerana.
dia tahu, Allah choose her! :)
sebabnya si lelaki ni tak mengaku kalah untuk terus dapatkan Dena even Dena pernah reject die :)
then si lelaki sanggup pergi mintak terus dengan parents Dena.
ini baru gentleman...
dan sekarang, mereka bahagia
Alhamdulillah :)
semoga pasangan ini kekal hingga syurga :)


ingat,
jangan sibuk duk cari jodoh yang baik
tapi persiapkan diri sendiri dulu untuk jadi yang terbaik :)
Allah dah janji
wanita/lelaki yang baik untuk lelaki/wanita yang baik
dan
wanita/lelaki yang jahat untuk lelaki/wanita yang jahat :)
semoga sama sama kita dapat jodoh yang terbaik :)
aminnnnn

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Sunday, October 21, 2012

hadapi dengan senyuman

alhamdulillah
sedar tak sedar dah habis sem 5
ya Allah. kejap je mase berlalu
nanti dah sem 6. sem last
diploma dah nak habis
dah 2 tahun lebih.

dan selama 5 sem ni la
mia dan kawan kawan hadapi pelbagai rintangan 
suka mahupun duka

alhamdulillah
hubungan mia dengan kawan kawan masih baik even kadang kadang ada juga yang
bermasam muka. bergaduh. berkecil hati. 
tapi itu lumrah sebuah persahabatan :)

macam tak percaya je. 
dah 5 sem, pelbagai sem.test dah kami lalui bersama
lepak same same.
mesti rindu saat ni nanti :)

harapnya result kali ni pun bagusla.
insya-Allah

semoga sem akhir nanti,
ukhwah antara kami semakin rapat dan semakin kuat
:) 
insya-Allah :)

doakan kejayaan kami bersama

#jaga diri.jaga iman#
#assalamualaikum#

Tuesday, October 16, 2012

ucaplah alhamdulillah

assalamualaikum :)
how are you today?
(gatal nak ber'speaking'... hehe)

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

ucaplah sebanyak yang mungkin sebagai tanda kita bersyukur dengan segala pemberian Allah :)
even kita rasa apa yang Allah bagi tu adalah keperitan untuk kita.
Allah Maha Mengetahui
DIA takkan bagi apa yang hamba-Nya tak mampu hadapi

segala yang baik datangnya dari Allah :)

disaat kedukaan, pasti ada kegembiraan yang Allah kurniakan :)
so. hadapi semuanya dengan tenang dan bersyukur

bersyukur bila kita rasa sedih sebab Allah masih sayangkan kita dengan beri kita ujian agar kita menjadi lebih kuat
bersyukur bila kita rasa gembira kerana Allah masih bagi kita peluang untuk terus tersenyum

konklusi nya,
setiap yang berlaku, kita kene bersyukur
=D

#jaga diri.jaga iman#
#assalamualaikum#

p/s : kalau dah gembira, jangan sampai ke awangan plak. pijak bumi yang nyata. kalau sedih jangan sampai tertonggeng(frust menonggeng) plak.. pijak bumi yang nyata :)

Friday, October 12, 2012

sejarah berulang

sejarah berulang.
setelah berbulan-bulan berlalu
perkara tu terjadi lagi

korang jangan la fikir bukan bukan
actually,
petang tadi, mia ade final exam
paper Maf 320.
it's all about costing

dan mase buke soalan tadi
:|
Ya Allah!
ade satu soalan tu sangat 'membunuh'..
mia rasa blank kejap.
dan mia rasa apa yang mia rasa berbulan-bulan yang lalu tentang maf 280.
mia rase macam tak nak jawab exam tu.
rasa macam nak keluar dari dewan peperiksaan macam tu je
 Astaghfirullah!

nasib baik mia still dapat berfikir semula before buat keputusan yang drastik tu
mia fikir mak ayah
fikir masa depan

pesanan mia untuk siapa yang pernah kecewa dalam sesuatu perkara,
fikir betul-betul
fikir yang terbaik
jangan menyerah sebelum berjuang
at least, kita ada usaha
berjaya atau tak, semua urusan DIA yang kat atas sana tu
kita hanya mampu berdoa :)
usaha yang gigih pasti ada hasilnya, insya-Allah :)

*jangan cepat penat untuk terus bersabar*
-AmiliAminudin-

hehe.
okelah.
ape ape pun, conclusion nye,
kita jangan mudah berputus asa.
Allah tak suka orang yang cepat berputus asa :)

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Wednesday, October 10, 2012

menjaga hati :)

assalamualaikum :)

semalam kann (kot la) saya buka blog saudara hami
then saya ade nampak dia twiit something
dan ayat dia tu menarik minat saya :)
then saye print screen la ayat tu :)
(maaf ye saudara sebab main print screen je)

kat sini saya nak kongsi ayat dia

"kita memang kena consider perasaan orang lain juga. Tapi kalau sentiasa consider perasaan orang lain sampai diri sendiri terabai itu parah"
-HamiAsraff-

komentar saya : betul jugak kata saudara hami tu. tapi bagi saya, bila jaga perasaan orang lain, then orang tu gembira, insya-Allah kita pun akan gembira :) Allah akan gembirakan kita jika kita gembirakan orang lain. :)

saya sentiasa cuba untuk menjaga perasaan orang lain sebab saya akan gembira bila orang lain gembira. insya-Allah :)
 tapi kadang kadang saya pun akan menyakitkan perasaan orang lain sebabnya. saya hanya insan yang lemah dan insan yang sering melakukan kesilapan :)

kepada sesiapa yang pernah saya sakiti hatinya, maaf ye :) 
bukan niat saya menyakiti perasaan kalian :)

p/s : kita kena saling jaga menjaga hati masing masing :)

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Tuesday, October 9, 2012

kembali kepada Pencipta :)

assalamualaikum :)
Sehat?
nak kongsi ni..
tadi keluar dengan ayah pergi makan makan then mia beli satu buku.
majalah la senang cerite :)
majalah anis :)
actually, mia dah bace majalah ni mase kat klinik haritu :)
then berminat dengan isi-isi kat dalam tu.
nak nak ada plak gambar dr.ezzani (masterchef)
then tadi singgah kat kedai runcit. 
mia pun beli la
biar harga mahal asal berkualiti :) 
hehe

nanti mia kongsikan 
ape yang menarik dalam majalah tu okay :)

ni. back to the topic :)
kembali kepada Pencipta.
sebagai umat islam, kita kena taat pada tuhan kita, Allah S.W.T.
bukan kena tapi WAJIB :)

jadi just to share dan ini juga untuk renungan bersama
setiap kali kita happy
kembali kepada Allah
setiap kali kita sedih
kembali kepada Allah

bila kita happy, kita jangan lalai sampai terlupa pada DIA yang beri kita kebahagiaan tu
dan 
bila kita sedih pun, jangan lupa pada Allah. kerana, DIA buat kita sedih agar kita kembali kepada DIA :)
ALLAH suka orang yang selalu mintak tolong DIA. yang selalu berdoa kepada DIA :)

jadi, kesimpulannya, walau dalam apa jua keadaan, jangan kita lupa pada Pencipta :)
semua yang terjadi dalam hidup kita adalah anugerah dan kurniaan dari DIA.
sentiasa bersyukur dengan apa yang terjadi tak kira suka atau duka.

jadilah hamba yang selalu ikhlas dan redha menerima ketentuaan-Nya
semoga Allah sentiasa melindungi kita :)

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#


p/s : 
~tetibe jiwa saye kekosongan. sebab tu terdetik tulis entry ni.~
~saya nak mintak maaf pada sesiapa yang terasa dengan saya samada saya sedar atau tak (tak berniat pun :( ) ~

Sunday, October 7, 2012

DIAM :)

:)
:)
:)


"Lebih baik berdiam diri ketika marah. Takut nanti kata kata yang keluar dari mulut bakal menambahkan dosa"
-amilia aminudin-


#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum #

Bila Kesedihan Melanda

assalamualaikum :)
saya tak tahu kenape malam ni saya rasa sedih je
tadi okay je.
ni tetibe plak kesedihan melanda.
dan ade something saya nak kongsi bersama :)
untuk renungan :)

saya dah lupa siapa yang bagitau ni

hamba Allah ni cakap, kalau kita sedih,
kita baca ayat ni.


surah : yusuf
ayat : 86

 :)
insya-Allah. kesedihan akan reda :)

ALLAH maha penyayang :)
tak kira bila sedih atau pun gembira,
ingatlah DIA
kembalilah kepada DIA

p/s: perasaan sedih itu datang dari DIA maka DIA juga yang akan hilangkan perasaan itu :)
subhanallah

#jaga diri. jaga iman#
#assalamualaikum#

Saturday, October 6, 2012

Mawi feat KRU - Sujud

assalamualaikum :)
amilia (tetibe je bahasakan diri dengan name penuh) haha
actually, amilia tak ade idea la nak post ape.
so, better amilia post something yang boleh dikongsi bersama
;)
sekarang!
nak kongsi lagu 
KRU (well, sangat minat kan)
tapi ni lagu yang memberi makna la.
i mean yang elok
yang boleh beri motivasi buat kita :)
lagu lagu macam ni la bagus :)
jom jom


tajuk : sujud
penyanyi : KRU feat Mawi


samping dengar lagu tu, ni saya bagi lirik lagu okay :)

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..
setiap bait lirik lagu ni membuatkan saya amat suka lagu ni di samping KRU yang nyanyikan :)
lirik lagu ni memang sedap didengar time ada masalah :)
lirik lagu ni bagi motivasi serba sedikit :)
so my blog readers (betul ke? terjah je)
dengar la lagu ni. tak rugi tau.
better dengar lagu ni dari dengar lagu yang entah pape. hehe :)

#jaga diri. jaga iman#
~assalamualaikum~

Friday, October 5, 2012

antara tiga

antara
karoot komedia X @ spaggeti @ buku MKT(marketing)


okay. ni berlaku semalam. waktu dalam pukul 2.01 a.m.
agak agak mane satu saya pilih?

ha. confirm ramai yang tahu jawapan saya kan?
hahaha.
first saye makan dulu. kononnya tak boleh nak fokus makan bende alah camtu sambil study.
padahal boleh je 
alasann je lebihhh

then makanmakan sambil tengok karoot komedia x..
tetibe lepas habis makan.
mengantukk ZZZzzZzzZZ
see?
dah confirm after tu. 
TIDUR!
tak ade nye nak study. haha
tapi saye sempat tengok la sikit sikit.
sempat la tengok pasal
'demographic'
ade generation x. generation y. baby boomer :)
tak tahu ek ape tu?
google tau.
malas nak explainkan.
maaf ye ;)
-bye-

#assalamualaikum#
#jaga diri. jaga iman#

Atas Nama Cinta

antara lagu yang amat diminati :)
dan lagu yang harus dimuatkan
di dalam
mp3, handphone,laptop


ni. nak kongsi! sesiapa yang masih belum dengar lagu ni (dah lama lagu ni) boleh dengar sekarang.
dan sesiapa yang dah pernah dengar. dengar la selalu :)

hayati lirik lagunya.
sangat indahh :)

kita nafikan dulu cinta sesama kekasih ke. pakwe. makwe. (sewaktu dengannya)
tumpukan pada cinta Allah :)
just untuk kongsi bersama
elakkan daripada ber'kapel'
tak elok
hukumnya haram (wallahualam)
benda yang tak elok, yang Allah larang,
toksah diikut tau :)

fahami dan hayati lirik lagu ni tau :)
*jom join saya dan kawankawan yang inginkan cinta lepas kawen*
*join kami untuk tidak berkapel*
*join kami untuk tidak mudah menyerahkan hati kepada lelaki bergelar kekasih*
*join kami untuk terus menyemai cinta buat YANG SATU*

#jagadiri.jagaiman#

~credit and thanks to yang buat video n yg upload video ni dekat youtube~

Thursday, October 4, 2012

HAMI ASRAFF (part2)

seperti yang dijanjikan
kan kan kan
even tak ramai pun yang bace last post
(maybe tak ada yang bace langsung)
:|

sebenarnya, malas gile nak update blog
sesuatu yang amat membosankan bile xde idea
okay okay
pasai saudara Hami.
nak citer ape ye?
hehe

okela. 
sesuatu yang menarik tentang hami (yang korang memang dah tahu) 
dan
sesuatu yang TAK menarik tentang saya (memang korang tak tahu)
dan ini akan menunjukkan perbezaan kami :) (saje je nak bagitau perbezaan. sebabnya persamaan tu tak ada. *yang sama hanyalah ISLAM dan Hamba-NYA yang nyata)
gelabah (ayat kakak tersayang) je kan nak citer pasal yang TAK menarik tentang saya dekat post
HAMI ASRAFF
(i mean post TENTANG hami)

as usual, semua orang tahu saudari hami ini belajar engineering. tapi amat bijaksana dalam menyusun katakata.
even die tak pernah belajar sastera, tapi ayat die memang power wa cakap sama lu :)

yang saya ni!
belajar sastera dulu,
tapi ayat dalam blognye.
Sesangat sangat hampeh!
cop cop.
saya ambil aliran sastera la. bukan belajar sastera.
(same ke belajar dalam aliran sastera dengan belajar sastera? ? ?)

boleh dikatakan yang saya ni terer jugak la dalam bahasa melayu ni (bukan nak riak oke :) )
tapiii.. kalu buat ayat, memang ..... perrrgghhhh
sangat la berbelit belit
kalau buat karangan, sangatla mengarut ayat ayat saya.
mende hok tule je sye tulis ( benda yang same je saye tulis)
asyik ulang ayat yang sama
nak nak kalau essay dalam bahasa inggeris.
memang hancur la grammar nye

EH! EH! EH!
bukan ke post ni pasal saudara hami?
kenape macam banyak cakap pasal saye?
hampehhhh~ 0_0

oke oke.
'berbalik' kepada kisah hami kan..
actually, saya sangat sangat sangat sangat (dua sangat cukuplakan) kagum dengan dia
tahu kenape?
dan yang pasti kat luar sana pun sangat ramai kagum dengan dia
yela.
first time saye bace blog die, saye dah jatuh hati dengan ayat die
diulangi dengan AYAT DIA :)
dulu,
kawan la yang sangat minat dia.
time modul dekat universiti pun,
ade lecturer tanye siapa idola
(lebih kurang macam ni la skripnya)

lecturer : oke. siapa idola awak.
saya : puan puan. tanya ain. tanya ain.. (bab kenakan orang memang terer)
lecturer : mane ain..?

~tuuuuuuuuuuuuuuu~
(semua tunjuk)

ain : idola saya Hami Asraff.
lecturer : siapa dia tu? (yela. lecturer kan busy. mane online)
ain : blogger islamic puan :)

senyum jeeeee si ain tu. haha. malu die nak jawab =p
*niat bukan nak memalukan ain. tapi saja nak kongsi*

tapi yela. dulu time ain cakap pasal hami.
saye sekadar dengar tak dengar je..
ape la yang minat sangat dengan si hami tu. hahaha (ampun yee)
ain cakap hami tu hensem la. smart la sebabnya ade janggut sejemput tu.
tapi time saye tengok "biase je la.. tak hensem mane pun"
tapi saye follow je die dekat facebook tu.
lastlast baru ni
entah status mane yang saya bace.
tetibe jadi minat pula dekat saudara Hami ni
ape lagi.. lepas tu.
selalu je follow facebook die.
tak cukup dengan tu,
follow plak twitter die..
lepas tu blog die.
tumblr die. (tapi macam dah lama tak update)
haha
*and know, i admit that he quite handsome :)*
not soooo handsome but nice looking (betul ke looking?)

saya bukan apa. suka sangat dengan ayat ayat die.
sangat memberi kesan yang mendalam :)
goodjob bro =D

dan sekarangg.
hampir tiap tiap hari asyik buka blog die. tertunggu new entry dari die..
sebelum exam boleh la selalu tengok die update
status facebook.
tengok die
update twitter..
memang best ayat die.
simple but nice :)
simple but complete.
simple but awesome
sekarang ni. waktu ni. masa ni.
dah tak boleh. sebab?
tengah final exam.
lagipun, start dari 1/10 - 19/10
saya akan diactive facebook dan twitter saya :)
untuk mengelakkan dari online selalu
ahaha
tak ade due due tu pun still online. (tengok blog encik hami la) =D

tapii. saya hanya mampu tengok je smua tu,
saya sangat tak berani nak like status die. (ade skali skale)
retweet ayat die (biar pun ade je)
komen blog dia (ada la duetige komen. tapi jadi due komen. delete~)
nak tahu kenape saya tak berani buat lebih lebih?
saya sangat takut + malu nak buat semua tu.
tahu kenapee??

nanti nanti je la ceritenye.
panjang sangat dah ni :)
nanti malas baca plak :)
oke :)
assalamualaikum
#jagediri.jageiman#


Tuesday, October 2, 2012

tukar topik :) its final okay!

okay :)
pasti ada yang tertunggu nak bace post saye tentang
HA a.k.a HamiAsraff
kan?
kan?
*perasan je lebih kann? :D*

tapi before saya habaq mai pasai akhi Hami tu.
saye nak citer la pasai exam ni
bukan sebarang exam tau
it is final exam :)
yes!
final exam untuk part 5
kos?
kos akaun :)
baru DIA (diploma in accountancy) :)
masih jauh perjalanan..
okela
tak nak cakap banyak
saje je nak kongsi jadual peperiksaan kitorang yang banyak sangat gap tu kannn
haha ;)


nampak tak?
tak clear kan?
tak pa.
mai sini nak habaq.

3/10 LAW 2.15 ptg Dewan Utama (DU)
9/10 MKT 9.00 pg DU
12/10 MAF 2.45 ptg DU
15/10 TAX 2.15 ptg Dewan Akademik (DA)
19/10 FAR 2.45 DA

oke? :)
ape yang terlekat dekat board kat sebelah white board tu ye?
hehe
tu ade gambar kawan-kawan seperjuangan :)
ade gambar konvokesyen mase tingkatan 5 :)
then ade taqwim :)
senang nak tengok waktu solat kan :)
gambar family?
ade la. dalam purse :) special banyak kan.
so kene letak tempat special :)

ape lagi nak bagitau.
hurmm.
haa.
mada mada dane :)
nampak ayat tu?
itu saya dapat dari kawan saya
sape?
name samaran die renyok! :)
kawan paling sengal yang saya ada. (jangan marah renyok)
die cakap tu bahasa jepun
macam kata kata semangat la :)
thanks kawan :)

hurm.
okelah.
kene pergi sambung study :)
pasal akhi Hami tu,
nanti la saya sambung ye :)
hehe

take care korang :)
#jaga diri. jaga iman#
assalamualaikum

Monday, October 1, 2012

HAMI ASRAFF

hami asraff?
hurm.
confirm ramai yang kenal kan?
yela. die sekarang dah makin popular
popular dengan ayat ayat dia yang memberikan motivasi untuk ramai orang :)
termasuk saya :)
actually, nak bagi pendapat sikit tentang saudara hami ni.
tapiii
wait for the next post la.
so, siapa yang still tak kenal lagi saudara hami asraff, 
boleh la pergi google dulu :)
buat research dulu
haha :)

#jage diri jage iman#
-assalamualaikum-

tepu

tepu?
yes!
otak ni dah tepu
baca baca tapi susah nak ingat
kenape ye?
dah la LAW
sangat tension sekarang!
need help :(

Saturday, September 29, 2012

ketakutan

dean list 
anugerah dekan
dean list
anugerah dekan

tu la 'title' yang membuatkan seseorang
1) bahagia
2) takut

bahagia? kenape?
sebab itu merupakan salah satu nikmat dan kejayaan buat kita :)
mak ayah akan senyum meleret je bile tahu anak anak dieorang dapat 'title' tu.
tapi tak semestinya tak dapat mak ayah tak senyum meleret.
jangan salah faham plak :)

takut?
yup. ia merupakan igauan bagi seseorang
yelah. bayangkan
bila sekali dapat, pasti orangorang sekeliling especially mak ayah harapkan kita dapat lagi tilte tu
tapi kalu tak macam mane?
itula. susah kan.

dapat 'title' tu susah
tak dapat pun susah

bila selalu dapat, then tetibe tak dapat, pasti ade yang berbunyi
kenape tak dapat.
kenape tu. kenape ni
hurmm :|
sangat menyerabutkan

dan sekarang. itu yang menakutkan saya
alhamdulillah setakat ni still pegang title tu.
tapi sem 5 ni macam berat gile
carry mark tersangatlah tidak memuaskan
ntah dapat ke tidak
ya Allah.
takutnyeee

saya harapkan sesiapa sahaja yang baca post ni,
tolong doakan agar
saya dan kawan kawan dapat hadapi pelbagai dugaan sepanjang belajar
dan moge title tu dapat kami pegang lagi sem ni :)

semoga Allah permudahkan urusan kami. aminn
dan semoga Allah membalas jasa jasa kalian yang sudi mendoakan :)

#setiap.yang.berlaku.pasti.ada.hikmah#
#jage iman.jage diri#

HANA ♥

what is that!
short form for?
NA tu macam Nur Ain (harapharap Nur Amilia.haha)
how about HA?
damn!

ape sebenarnye maksud si ain tu!
aisyh ain ni!

its okay.
wait n see

#semoga.Allah.tenangkan.hati.aku.sentiasa#

Friday, September 28, 2012

jaga lindung

semoga ALLAH sentiasa lindungi hati ini
aminnnn

-jage diri.jage iman-

Tuesday, September 25, 2012

incik! :)

macam mana semua ni boleh berlaku?
oke. saya sendiri tiada jawapan die. :)

nak kate minat tu, xdela. biasa biasa saja
tapi semenjak dua ni
suke sangat tengok blog .fb.twitter.
hurmm..
then hampir stiap hari buke. 
giler kot.

tapi yang funny nye.
saje je kenakan kawan.
bagitau die pasai ni
die gelak je.
marah pun ada.
dia cakap "jangan ambil saya punya"
haha.
apelaa

hey kawan.
macam mana saya nak ambil awak punya kalau
die pun saye tak minat.
then die pun x kenal saye.
mengarut je semua ni
by the way,
cik kak.
saye minat care die je
saye suke bace ayat2 die
ishh. pape jela..

tpi disebabkan perangai awk yang karut marut tu cik kak,
kita selalu bergelak ketawa.
selalu je ade bende nak sakat masing masing.
hahaha
macam macam..
semoga kita sentiasa bahagia begini ye kawan :)

#teringin nak ke kedah#

Monday, September 3, 2012

sahabat :)

kasih sayang
gelak tawa
pergaduhan
saling bantu
saling melindungi
dll

tulah antara resepi dalam sebuah PERSAHABATAN :)

saya sayang sahabat sahabat saya :)
tak kisahlah macam mana mereka.
even mereka pernah
-menggembirakan-
-menyakitkan-
saya! :)

sebuah persahabatan tak akan indah jika sentiasa gembira
saat saat kesedihan, saat saat menyakiti pasti ada
itulah lumrah persahabatan

tapi walau sesakit mana pun saya disebabkan oleh mereka,
mereka tetap sahabat saya :)
sahabat selamanya
saya sayang mereka dunia akhirat kerana Allah :)
siapa sahaja pernah menjadi kawan saya, mereka la kesayangan saya :)

especially,
mek.ang,mek.ti,spg,gg
*nak sebut ramai sangat ni :)



Sunday, June 17, 2012

tolong hamba-Mu Ya Allah

Ya Allah.
berat sungguh hati ni nak membuat keputusan
either duk rumah or kolej
kenape aku jadi cmni?
sebab aku ni ank bgsu ke?
sebab aku ank manje?
grr.

aku takut
aku takut sakitkan hati kawan-kawan
mereka berharap aku duduk kolej
sorry geng
saye sendiri xtahu kenape saye betul2 xde mood nk duduk kolej
saye takut perkare yang sama berulang kali..
saye takut
saye taknak terluka lagi
dan saya taknak melukakan lagi

saya sayang awak semua
saya nak study same macam dlu
saya betul2 rindukan saat itu
tapi
saya x tahu
saya rasa macam saya tak boleh

p/s: semoga keputusan yang saya buat ini adalah yang terbaik buat diri saya dan awak dan awak dan awak

Thursday, June 7, 2012

ketabahan

kehidupan didunia adalah sementara
yang kekal adalah akhirat

kite perlukan ketabahan demi menjalani kehidupan di dunia ini
setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye
Allah telah tetapkan perjalan hidup kita.
kita cume merancang
tapi DIA yang menentukan

semoga ape yang terjadi ade kebaikannya

semoga Allah tabahkan hati ini
aminnn =)


mood : tungganglanggang

Saturday, June 2, 2012

super spontan

dah habis dah
konfem ramai yang tgk tvshow ni kan?
best la jugaak :)


then tadi last episod.
tapi tak tengok pung, sebabnye, saye x langgan pun astro warna :)
then thu pemenang pun dr fb je :D

btw,
thniah kepade smua peserta bcoz brjaye menghiburkan hati para penonton :)

thniah buat abg jan!
zizan!
juare tu:)
dapat la 100k dengan camry
kaye die. untungla.
yang pokai yang tukang undi. kihkihkih.
tpi tu nmenye rezeki die.
klu xde undian pun, klu dah mmg tertulis utk die, 
die jugak yang menang :D

tahniah :)
anak jati trg.
kg lorong mokpe! haha

thniah jugak kepada yang lain :)
naib juara - johan (50k)
3rd - tauke (25k)
saguhati - rahim,suhaimi,ropie (5000)


byk nye duit dilaburkan! :p

Tuesday, May 22, 2012

something special!

special for

ma.dayah.dayu.ain.wawa.esoh.kehah.musay.kema.titie.ninie.tirah

what?

SECRET!

Saturday, May 19, 2012

kehidupan

antara bait bait lagu hijjaz
lagu yang bertajuk lukisan alam.

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH
LANGIT TAK SELALU CERAH

begitula kehidupan.
kadang kita kat atas. kadang kat bawah
tuah manusia siapa yang tahu?

kehidupan ini penuh dengan liku liku yang
gembira,sedih,suka,duka

hari ni kite bahagia. kita ceria.
siapa tahu
esok mungkin kita berduka.

hari ni mungkin kita kaya
siapa tahu
esok kita miskin?

hari ni kita berjaya
siapa tahu
esok kita gagal

hari ni mungkin kita menjadi ketua
siapa tahu
esok kita menjadi orang suruhan

hari ni mungkin kita ramai kawan
siapa tahu
esok mungkin kita keseorangan

rezeki masing masing

Allah dah tentukan yang terbaik untuk semua
setiap yang berlaku ade hikmah-Nya

saye pernah dengar dan pernah baca
kadang Allah ambil ape yang kita suke tapi DIA gantikan dengan bende lain untuk kita
:)
kadang ape yang kita suka sebenarnya adalah yang terburuk buat kita
dan
ape yang kita x suka tu sebenarnya adalah yang terbaik buat kita

ALLAH MAHA MENGETAHUI
;)

so, 
hidup ni mesti berani terima kenyataan :)

#hadapi dengan senyuman